29 March 2021

IPO Volcano terlebih langgan 176.6 kali

Volcano Bhd, syarikat yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 April 2021, menyaksikan tawaran awam permulaannya (IPO) bagi bahagian awam terlebih langganan sebanyak 176.6 kali.

Syarikat pengeluar komponen plastik suntikan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagi IPO yang akan datang, sebanyak 23,838 permohonan untuk kira-kira 1.46 bilion saham baharu dengan nilai RM512.82 juta diterima daripada rakyat Malaysia.

"Ia mewakili kadar terlebih langganan keseluruhan sebanyak 176.6 kali bagi 8.25 juta saham baru yang disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia," katanya.

Volcano sedang mengumpul RM8.75 juta daripada langkah IPO. 

Daripada hasil kutipan itu, kumpulan akan membelanjakan RM5.55 juta untuk pembelian jentera dan peralatan, manakala RM3.2 juta akan digunakan bagi belanja penyenaraian.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment