23 March 2021

WCT naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

WCT Bhd, anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd memperoleh kontrak RM440 juta daripada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan kerja naik taraf dan penambahan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bahru, Kelantan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan itu berkata, projek itu merangkumi kerja membina, infrastruktur 'landside', infrastruktur 'airside' dan semua kerja kejuruteraan bagi mereka bentuk, membina, membekal, memasang, menyiap, menguji, melaksana serta menyelenggara Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

"Kerja di bawah kontrak itu dijangka bermula pada April 2021 dan akan siap pada April 2024.

"Tiada mana-mana pengarah atau pemegang saham utama syarikat atau individu yang berkait dengan mereka memiliki sebarang kepentingan, sama ada langsung atau tidak langsung, dalam penganugerahan kontrak ini," katanya.

 

Source: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment